KEDUDUKAN Malaysia merudum di tangga ke-119 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021, lapor Reporters Without Borders (RSF).
Kedudukan itu menyaksikan Malaysia jatuh 18 anak tangga berbanding tahun lalu ketika pada masa sama negara jiran, Indonesia berjaya memperbaiki kedudukan dengan berada di tangga ke-113.
“Ketika Malaysia mengalami peralihan kuasa pertama kali melalui pilihan raya umum pada Mei 2018, persekitaran untuk wartawan menjadi lebih baik dan negara meningkat secara mendadak dalam Indeks Kebebasan Akhbar RSF.
“Tetapi semua ini menjadi terbalik sejak gabungan pemerintah kembali berkuasa setelah 22 bulan pada bulan Mac 2020,” kata RSF sambil menyifatkan Malaysia kembali kepada gangguan, intimidasi dan penapisan. – Malaysiapost

