Pemuda Umno bantu pelajar matrikulasi kena kompaun RM1,500

0
2

PEMUDA Umno akan menyediakan bantuan guaman terhadap pelajar sebuah pusat Matrikulasi di Perak yang dikompaun RM1,500 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.

Ketuanya, Datuk Dr Asuaraf Wajdi Dusuki, berkata pelajar itu dikenakan kompaun berkenaan selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika turun dari asrama ke kantin untuk membeli juadah.

Katanya, beliau sudah meminta Exco Pergerakan Pemuda Umno Faridzul Azlan yang juga seorang Peguam untuk mengetuai Pasukan Khas Sekretariat Peguam Muda bagi membantu pelajar-pelajar terbabit.

“Bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’, sudahlah mereka dikuarantin 5 bulan berada di dalam kawasan asrama / kampus dan tidak dibenarkan keluar sama sekali, kini dikompaun pula.

“Pastinya menyebabkan tekanan, gangguan emosi dan psikologi ke atas pelajar-pelajar terbabit,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, pihaknya berharap satu penyelesaian terbaik dapat dicapai dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menimbangkan kondisi yang dihadapi pelajar berkenaan.

“InsyaAllah, pihak kami akan membantu menyediakan khidmat guaman secara percuma untuk membuat representasi bagi pihak pelajar-pelajar terbabit termasuklah membuat rayuan bagi pihak mereka kepada KKM.

“Pemuda UMNO hanya mengharapkan suatu penyelesaian terbaik dapat dicapai dengan pihak KKM agar dapat menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan kondisi dan situasi pelajar-pelajar terbabit dalam kawasan yang sudahpun melalui proses kuarantin selama 5 bulan,” katanya.

Semalam, tular di media sosial, mendakwa terdapat pelajar di sebuah matrikulasi di Perak dikenakan kompaun kerana melanggar SOP dengan tidak memakai pelitup mulut di dalam kolej.

Tindakan terhadap pelajar berkenaan menimbulkan kekesalan netizen memandangkan pelajar tersebut langsung tidak kemana-mana sejak semester dibuka lima bulan lalu.

Difahamkan, pihak berkuasa yang masuk ke dalam kolej untuk membuat pemeriksaan mengenakan kompaun kepada mereka tanpa budi bicara. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/10/gagal-patuhi-penjarakan-fizikal-penganjur-perlumbaan-drag-dikompaun-rm20000/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here