Himpit polis hingga maut, suspek direman 7 hari

0
3

SEORANG lelaki ditahan reman tujuh hari selepas didakwa menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama, George Town, awal pagi semalam.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret George Town Khalijah Mohd Khalid pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata suspek berusia 35 tahun itu direman hingga 24 April ini bagi membantu siasatan.

“Suspek direman bermula hari ini hingga 24 April,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Dalam kejadian itu, Konstabel Muhammad Iqbal Mazlan, 20, yang bertugas di Balai Polis Dato Keramat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Utama menyebabkan kepala mangsa terhentak pada pembahagi jalan.

Kejadian berlaku ketika Muhammad Iqbal bersama dua lagi anggota menjalankan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Suspek melarikan diri dengan menunggang secara berbahaya dan menghimpit mangsa sehingga berlaku kemalangan.

Muhammad Iqbal meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala suspek berjaya ditahan sejurus kemalangan berlaku. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here