Yusuf al-Qaradawi positif Covid-19

0
4

ULAMA tersohor, Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi disahkan positif Covid-19 dan kini berada dalam keadaan baik serta menerima penjagaan sewajarnya.

Status kesihatan Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah sert Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa itu disahkan menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

Dalam ciapan itu pengikutnya dimohon mendoakan pemulihan dan kesejahteraannya.

“Sheikh Al-Qaradawi dijangkiti coronavirus dan beliau kini dalam keadaan baik, syukur kepada Tuhan.

“Beliau sedang dirawat, pengikutnya diharap bertenang dan kami meminta anda mendoakan pemulihan serta kesihatannya,” tulis ciapan tersebut.

Al-Qaradawi, 94, berasal dari Mesir dan kini menetap di Qatar, juga adalah pengasas IslamOnline.net. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here