Kedah kekal negeri paling banyak zon hijau

0
3

KEDAH ketika ini mempunyai tiga daerah zon hijau, iaitu paling banyak dalam kalangan negeri di Semenanjung.

Daerah terbabit ialah Langkawi, Sik dan Yan, susulan tiada kes dicatatkan di semua kawasan itu dalam tempoh 14 hari lalu.

Bagaimanapun, menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), Kedah masih mempunyai empat daerah zon merah iaitu Kuala Muda, Kota Setar, Kulim dan Baling serta empat dua zon kuning.

Terengganu juga mempunyai dua daerah zon hijau iaitu Kemaman dan Marang serta dua zon merah iaitu Besut dan Kuala Nerus.

Dua negeri – Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing mempunyai satu zon hijau, iaitu Raub dan Kuala Pilah.

Semua daerah di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur mencatatkan zon merah, manakala lapan daripada sembilan daerah di Selangor turut berada pada kategori zon merah.

Sementara itu hanya empat daripada 40 kawasan di Sarawak dalam zon hijau, begitu juga enam daripada 27 kawasan di Sabah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here