
AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan rasional pemalntikan Datuk Guan Dee Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Mohd Puad berkata, ia dilihat sebagai satu pembaziran memandangkan porfolio itu bukan keperluan mendesak berikutan situasi Covid-19 ketika ini yang membataskan aktiviti pelancongan.
“Apa keperluan mendesak lantik Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di waktu Covid ini. Rentas negeri pun tidak boleh, nak melancong macam mana?,” katanya menerusi Facebook.
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, tambahan pula Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengakui bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai duit.
“Bukankah satu pembaziranapatah lagi PM sendiri kata Kerajaan sudah tidak ada duit sekarang.
“Jangan jadi macam Datuk Santhara Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Agaknya tidak ada kerja di musim Covid ini sebab itu boleh dapat cuti 55 hari,” katanya.
Semalam, Guan Dee mengangkat sumpah jawatan Timbalan Menteri Persekutuan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pelantikan Guan Dee itu menerima kecaman banyak pihak yang menyifatkannya sebagai satu pembaziran selain ia disifatkan hanya demi survival politik kerajaan Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost
