Ashraf Muslim bengang iklan judi Aidilfitri

0
2

PELAKON dan pengacara, Ashraf Muslim menyelar tindakan pihak mempromosikan iklan judi dalam talian menggunakan tema Aidilfitri bagi mengumpan orang Islam.

Ashraf berkata, pihak yang menyiarkan iklan secara terang-terangan itu disifatkan sangat kurang ajar dan tidak menghormati kesucian Ramadan.

“Allahuakbar! Makin menjadi-jadi manusia sekarang. Bulan Ramadan, bulan yang baik, bulan yg penuh rahmat Allah.

“Tapi video yang korang tengok ini telah merosakkan bulan yg baik ni. Kurang ajar lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni,” katanya menerusi Facebook.

Ashraf turut menyifatkan pihak yang terbabit dalam pembikinan video itu berniat jahat kerana ingin merosakkan akhlak orang Islam.

“Takkan tahu tahu video ni pasal apa? Judi laa! judi itu haramm!! Mana iman? Mana akidah? Ini negara Islam jangan buat onar macam ni! Aku tak tahulah, yang berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu.

“Kalaulah korang ni Islam, menjawablah dengan Allah SWT. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi macam ini.

“Aku post video ni bukan untuk korang main judi tapi nak bagitahu kepada masyarakat ini adalah anasir-anasir manusia yang ingin merosakkan islam secara halus. Video ni adalah jahat sama sekali dan ini adalah salah! Berani kerana benar,” katanya.

Dalam masa sama, Ashraf berharap kerajaan melalui pihak berkaitan perlu segera ambil tindakan.

“Kepada pihak berkuasa tolong ambil tindakan kepada mereka yang terbabit dalam video ini. Daripada yang buat idea, klien, pihak produksi, barisan pelakon, penyanyi, kru dan mereka yang terbabit dengan video ini.

“Perbuatan ini memang tidak boleh dimaafkan oleh masyarakat Islam.

“Tindakan ini sudah melanggar sensitiviti orang Islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama Islam sebagai agama rasmi,” katanya

Terdahulu, dalam iklan berdurasi 2 minit 29 saat itu memaparkan seorang pemuda lelaki yang sedih tidak boleh pulang ke kampung kerana kekurangan wang dan gembira mendapat wang yang banyak setelah berjudi di GDBET333. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/16/polis-akan-panggil-pelakon-terlibat-video-galak-umat-islam-berjudi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here