Tiga tahun terpisah, Maya Karin rindu keluarga di luar negara

0
2

Nurul Huda Abhar

AKTRES jelita, Maya Karin tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap keluarganya kerana sudah hampir tiga tahun tidak bertemu.

Berikutan kini dunia masih dibelenggu pandemik Covid-19, mungkin itu menjadi salah satu faktor pergerakan rentas negara masih lagi tidak digalakkan.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, meluahkan rasa rindunya kepada bapa, adik lelaki dan adik perempuan yang menetap di luar negara.

https://www.instagram.com/p/CNiDQGejjpm/?utm_source=ig_web_copy_link

“Saya sangat rindukan keluarga saya. Saya tidak berjumpa mereka sudah lama. Lebih kurang satu setengah hingga tiga tahun.

“Dan saya tidak tahu bila saya boleh berjumpa mereka lagi,” kata pelakon dan penyanyi berusia 41 tahun itu.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis memberi dorongan kepada pelakon ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ itu agar terus bersabar dan berdoa agar hasrat bertemu keluarganya dipermudahkan.

Maya diberi jolokan ‘ratu filem seram’ kelahiran Bayreuth di Bavaria, Jerman memegang rekod untuk pelakon dengan pencalonan terbanyak bagi kategori Anugerah Pelakon Wanita Terbaik sebanyak 11 kali dan beliau juga dalam kalangan pelakon wanita yang memenangi anugerah itu dua kali. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/08/01/burger-bakar-maya-karin-henti-operasi-hari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here