Covid-19 kembali melonjak, 1,889 jangkitan baru

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 1,889 jangkitan harian Covid-19 hari ini, menjadikan keseluruhan 365,829 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 517 kes.

Sementara itu, empat lagi negeri yang turut mencatat kes tiga angka termasuk Sarawak dengan 489 kes, Kelantan (226), Sabah (142) dan Kuala Lumpur 134 kes.

Manakala, tujuh negeri mencatat kes dua angka iaitu Pulau Pinang (92), Johor (84), Perak (56), Kedah (53), Negeri Sembilan (51), Terengganu (14) dan Pahang 13 kes.

Putrajaya merekodkan lapan kes, Melaka (enam), Perlis (tiga) dan Labuan (satu).

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tujuh kluster baharu dikenal pasti menjadikan sebanyak 341 kluster aktif sehingga kini.

Katanya, 10 kluster tamat hari ini menjadikan sebanyak 1,144 kluster ditamatkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here