MENTERI Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di lima lokaliti di Sabah dan empat di Temerloh, Pahang mulai esok hingga 27 April ini.
Di Sabah, Ismail Sabri berkata, lokaliti yang dilaksanakan PKPD ialah Flat Sim-sim di Mukim Berhala, Kampung Sungai Obar di Batu 7, Mukim Sentosa di Sandakan, Taman Villa Mas di Tawau dan Kampung Melangkap Tomis di Kota Belud.
Manakala di Temerloh, membabitkan Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Paya Pulai-Kampung Batu 4 dan 5 di Jalan Maran.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM mengesan kontak rapat serta mengelak penularan Covid-19 dalam komuniti,” katanya dalam kenyataan, hari ini – Malaysiapost

