AKHIRNYA pujukan pendakwah dermawan, Ebit Lew berjaya mencairkan hati lelaki Cina yang juga OKU menerima pelawaan ditempatkan di Pusat Penjagaan Wan Hing.

Menerusi hantaran di Facebook, Ebit menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat membantu lelaki yang mesra disapa sebagai Uncle Yap itu berpindah dari berumah di tepi jalan.

“Syukur akhirnya. Uncle Yap walaupun ingatan kurang, menerima pelawaan saya. Saya hantar di Pusat Jagaan Wan Hing Care Centre di Sri Kembangan. Cantik, selesa dan teratur sangat tempat jagaan ini. Saya akan bayaran bulanan uncle,” tulis Ebit yang mengambil masa empat jam memujuk Uncle Yap.

Mengulas lanjut, Ebit berkata, Uncle Yap telah beberapa kali dipujuk oleh penduduk di sekitar Taman Baiduri Kepong sejak setahun lalu, namun dia lebih selesa meneruskan kehidupan di tepi jalan selain enggan menyusahkan orang lain.
“Sebak sayu bila jumpa Uncle Yap seorang OKU tidur mandi berak makan tepi jalan dah setahun. Hujan panas cuma ditepi jalan. Ada orang bagi payung. Di Taman Intan Baiduri Kepong..
“Tidur malam boleh kepala dekat tempat duduk kerusi rodanya. Tengok video dan gambar tu rasa sedih sangat. Ramai orang datang beri makan dan ada yang bantu dia bangun duduk atas kerusi setiap pagi. Kepala dekat tempat kaki kerusi roda. Sedih hati tengok setahun tidur macam tu.
“Menangis melihatnya. Dia pula ingatan dah tak ingat apa-apa. Ulang benda sama jer. Tapi masih boleh berbual macam biasa dan menjawab soalan. 4 jam kami pujuk. Dia memang tak nak. Dia tak nak susahkan orang. Ada cikgu Chinese Alina tolong pujuk tadi. Beberapa orang datang cuba bantu. Fatin dan Puan Mazlita serta keluarga dan penduduk disitu,” katanya.
Dalam hantaran itu Ebit juga memberitahu Uncle Yap telah dibeli pakaian dan kerusi roda baru yang boleh laras untuk posisi baring.
“Suka Uncle tengok kerusi roda cantik tu,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/31/ebit-lew-bantu-gelandangan-di-durban-afrika-selatan/

