KKM kaji kemungkinan varian baharu Covid-19 di Sarawak

0
2

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang mengkaji kemungkinan wujud varian baharu Covid-19 di Sarawak, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya, kajian itu dilakukan berikutan kewujudan kluster komuniti dan tempat kerja yang tinggi di negeri tersebut.

Beliau menambah, terdapat beberapa kluster yang berpunca daripada kes import dan perkara itu perlu diteliti serta ditangani segera, lapor Astro Awani.

“Kita juga melihat kepada varian-varian baharu sekiranya ada di Sarawak terutama sekali negeri ini memiliki perusahaan dan industri minyak dan gas.

“Menerusi industri sebegini, akan ada pengembara atau petugas dari luar negara yang datang bekerja jadi kita perlu memastikan mereka juga tidak dijangkiti Covid-19,” katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin Stadium Perpaduan Sarawak di Kuching hari ini.

Bagaimanapun, Dr Adham tidak menafikan kemerosotan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjadi antara punca peningkatan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (RO) di Sarawak kepada 1.1 berbanding 1.08 semalam.

“Kalau Rt 1.1 bermakna 10 orang boleh menjangkiti 11 orang, jadi perkara ini kita nak bendung supaya langkah menangani Covid-19 di negeri ini dapat diperkuatkan dengan sebaiknya,” katanya.

Semalam Sarawak mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 351 kes diikuti Selangor dengan 303 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here