‘Khemah Besar’ untuk pulihkan demokrasi berparlimen -PH

0
2

PAKATAN Harapan (PH) mengambil pendekatan ‘Khemah Besar’ untuk memulihkan kembali demokrasi berparlimen.

Menurut kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pendekatan itu untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan tanpa mengira pegangan politik.

“Justeru, ia penting bagi memulihkan kembali sistem demokrasi berparlimen dengan menamatkan penggantungan Parlimen.

“Untuk tujuan ini, satu memorandum ditandatangani semua Ahli Parlimen yang menyokong pembukaan semula Parlimen akan dipersembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi menjunjung titah nasihat Duli Tuanku bahawasanya darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepentingan rakyat tanpa melibatkan kleptokrat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

‘Khemah Besar’ atau kelompok parti adalah merujuk kepada dasar parti politik yang membenarkan atau menggalakkan pandangan pada spektrum yang lebih luas dalam kalangan anggotanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here