TEKA-TEKI akhirnya terjawab apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara selamat melangsungkan pernikahan bersama pilihan hatinya, hari ini.
Suami Rara lebih dikenali sebagai Edrin Furtado atau nama sebenarnya Muhammad Edrin Nordin merupakan seorang Eksekutif Pengiklanan.
Beliau memaklumkan berita gembira itu menerusi Facebooknya.
“Alhamdulillah semua sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua. Edrin dan Rara,” tulisnya.
Pada penghujung tahun lalu, Rara dikhabarkan bakal mengakhiri zaman janda dengan mengahwini seseorang pemimpin daripada Pemuda Umno.
Perkara itu dimaklumkan dan didedahkan hubungan mereka menerusi hantaran Facebook Ummi Alfida Ali.
Ummi berkata, beliau tidak sabar untuk menunggu hari pertunangan mereka pada 14 Januari ini dan majlis perkahwinan yang dilaporkan berlangsung Mac.
Pasangan yang paling letup yang bakal viral selepas Neelofa, YB Rara dan adikku Edrin Furtado ‘the most gorgeous couple’.
“Sama cantik sama padan selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru.. Tak sabar tunggu hari tunang 14 Januari dan reception pada Mac (2021),” katanya.
Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan pada tahun 2016 dan ini merupakan perkahwinan keduanya. -Malaysiapost
Artikel berkaitan

