1,854 kes baharu Covid-19 hari ini

0
2
grafik

Nilam Oshman 

SEBANYAK 1,854 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini dengan Sarawak mencatat kes tertinggi iaitu 555 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dengan jumlah kes baharu itu angka kumulatif kini meningkat kepada 357,607.

Sementara itu, enam negeri yang tiga angka kes baharu termasuk  Selangor dengan 403 kes, Pulau Pinang (176), Kelantan (143), Sabah (139), Kuala Lumpur (135) dan Johor (105).

Manakala, Negeri Sembilan dan Kedah masing-masing mencatat 40 kes serta Perak dan Terengganu pula 29 kes.

Sementara, Melaka mencatat 24 kes,  Pahang (19),  Putrajaya (6), Labuan (3) dan tiada kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here