Orang lain naik kereta, dua beranak naik motosikal daftar MRSM

0
2

KEMISKINAN bukan untuk diwarisi. Hanya pendidikan yang mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik.

Mungkin itulah yang menjadi pegangan hidup seorang bapa untuk melihat masa depan anaknya gemilang.

Meskipun serba kekurangan, ianya tidak menjadi penghalang untuk dia memberi pendidikan yang terbaik untuk anaknya.

Hantaran Facebook Musa Muhamad Ali kelmarin nyata menjentik jiwa dan mengundang pelbagai perasaan netizen.

Dalam hantaran itu, Musa telah memuat naik dua keping gambar seorang ayah yang gigih menghantar anaknya mendaftarkan diri di sebuah Maktab Rendah Sains Mara Muar, Johor.

Tidak seperti kebanyakan pelajar lain yang hadir mendaftar pada hari pertama dengan dihantar oleh keluarga menaiki kereta, dua beranak itu hanya menaiki motorsikal kapcai dengan beberapa beg memenuhi ruang bakul di motorsikal.

“Pelajar pertama tingkatan satu mendaftar di Mrsm Muar bersama ayahnya hanya menaiki motorsikal comel.

“Sebak bercampur kagum menyaksikan semangat si ayah membawa anaknya mendaftar dengan raut wajah ceria si anak tanpa sedikitpun rasa malu walaupun pelajar-pelajar lain dihantar dengan kereta.

Semoga pelajar ini terus cemerlang menjadi insan hebat akademik dan akhlaknya di Mrsm Muar,” catat Musa.

Bagaimanapun Musa tidak menyatakan nama dan dari mana dua beranak ini berasal.

Tinjauan di ruangan komen rata-rata mengundang sebak di hati netizen. Namun mereka tetap merasa kagum dengan dua beranak itu yang tidak mudah mengalah dengan keadaan.

“Sebak, tapi aku rasa bangga dengan bapa dan anak ini. Semoga anak ini berjaya dalam hidup dan membanggakan bapanya nanti.

“Sempoi, sebak dan terbaik. Nanti dah berjaya pasti satu kepuasan kepada ayahnya. Selamat berjaya!

“Gigihnya, tabik spring pada ayahnya. Walaupun serba kekurangan dia tetap mahu anak dia berjaya. Jangan hampakan harapan ayah ya dik,” kata netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here