Gangguan air di KL, Gombak pulih sepenuhnya

0
2

GANGGUAN bekalan air di semua 58 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pulih sepenuhnya sebentar tadi.

Air Selangor menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bekalan di kawasan terjejas pulih pada jam 8.15 malam.

Syarikat itu berkata, gangguan bekalan air berjadual itu berikutan kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah di Empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada Selasa.

“Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” kata kenyataan itu.

Bekalan air pulih lebih awal sembilan jam berbanding jangkaan pemulihan menyeluruh pada jam 5 pagi esok.

Air Selangor turut memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Sebanyak 58 kawasan iaitu 46 kawasan di Kuala Lumpur dan 12 kawasan di Gombak terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here