Najib akan fail gantung notis bankrap

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan permohonan menggantung notis kebankrapan yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung kegagalannya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM1.7 bilion.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya juga akan memfailkan permohonan untuk menggantung perintah membayar jumlah yang diminta.

Menurutnya, notis itu diserahkan Isnin lalu, namun pihaknya dimaklumkan ia akan diserahkan seminggu sebelum itu iaitu dua hari selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“Kami juga mendapat arahan untuk mengetepikan jumlah yang diminta,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian. 

Menurut notis itu, Najib mempunyai tempoh tujuh hari untuk membayar tunggakan termasuk faedah berjumlah RM1,738,804,204.16 bermula semalam dan jumlah itu termasuk kos mahkamah sebanyak RM15,000.

Pada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ahmad Bache membenarkan permohonan LHDN bagi mendapatkan penghakiman terus menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan RM1.69 bilion dari tahun 2011 hingga 2017 termasuk penalti daripada Najib.

Hakim itu menyatakan tunggakan cukai pendapatan tambahan itu adalah hutang kepada negara yang perlu dibayar.

Penghakiman terus ialah keputusan yang dibuat oleh mahkamah berdasarkan hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak yang terbabit tanpa perbicaraan penuh dibuat dan saksi-saksi dipanggil memberi keterangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here