KKM cadang kerajaan lanjut PKPP

0
3

Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengemukakan cadangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pelaksanaan PKPP yang sedang berjalan ketika ini akan tamat pada 31 Ogos nanti.

“Untuk kita laksanakan (PKPP) sehingga keadaan kembali terkawal.

“Terpulang kepada Perdana Menteri untuk umumkan dalam masa terdekat (pelanjutan PKPP),” katanya selepas menyempurnakan Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar di Kulai, hari ini.

Pada 7 Jun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan PKPP bagi menggantikan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang tamat pada 9 Jun.

Jelas Muhyiddin, Malaysia telah memasuki fasa pemulihan dan menerusi PKPP, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada orang ramai dalam menjalani kegiatan seharian.

Sementara itu, Adham berkata saranan itu berdasarkan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlanjutan tidak kurang dua tahun, selain negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.

“Dua tahun adalah masa yang lama. PM pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu sama-sama tangani penularan Covid-19.

“Kita lihat negara lain masih bergelut dengan peningkatan kes, kes import di negara tertentu bertambah.

“Di negara kita, kita masih memperkukuh dan mengawal pintu masuk sempadan dengan baik,” katanya lagi. – MalaysiaPost