Individu berpengaruh, selebriti didakwa antara daftar aplikasi ‘Sugarbook’

0
2

PENGASAS laman ‘Sugarbook’, Darren Chan mendedahkan terdapat individu berpengaruh dan berkuasa dalam negara mendaftar dalam aplikasi berkenaan. 

Menurut Darren, 34, turut tersenarai adalah golongan selebriti yang mendaftar dalam aplikasi sensasi terbabit. 

“Apa yang boleh saya katakan adalah kami (sugarbook) mempunyai ahli yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Terdapat juga banyak selebriti tempatan di laman web kami,” katanya dalam satu temu bual bersama portal luar negara, Vice. 

Darren berkata, banyak pihak termasuk pihak berkuasa yang mahu aplikasi itu mendedahkan ‘individu berkuasa’ menjadi ‘sugar daddy’ namun beliau enggan berbuat demikian. 

“Pihak berkuasa telah meminta nama dan alamat ahli premium kami tetapi saya berulang kali menolak untuk mendedahkan sebarang maklumat,” katanya lagi. 

Sementara itu, Darren mengakui pendaftaran aplikasi ‘Sugarbook’ meningkat setelah tersebar berita berkenaan penangkapannya tempoh hari. 

Bagaimanapun, beliau tidak menolak berita berkenaan turut membuat beberapa ahli telah meninggalkan aplikasi tersebut. 

“Kami sebenarnya telah melihat lebih banyak pendaftaran di negara ini setelah penangkapan saya tetapi ada juga ahli yang telah meninggalkan laman web ini kerana larangan tersebut dan juga masalah keselamatan. 

“Terima kasih kepada liputan media yang berterusan, episod tersebut menimbulkan rasa ingin tahu daripada orang yang ingin mencubanya dan melihat apa itu laman temu janji,” katanya. 

Tambah beliau, melarang akses ‘Sugarbook’ pastinya mempengaruhi banyak rakyat di negara ini. 

Ini kerana, katanya, ia sumber pendapatan utama bagi banyak wanita muda dan beliau  sendiri bercakap dengan beberapa orang wanita itu ketika dibebaskan dari tahanan.

“Kami telah menghubungi wanita ‘Sugarbaby’ dan telah berusaha untuk memberi sokongan kami dari segi keselamatan,” ujarnya. 

Darren ditangkap pada 17 Febuari lalu dan dibebaskan keesokan harinya setelah polis selesai mengambil semua keterangan berkenaan aplikasi tersebut. 

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai. 

Bilangan tersebut berdasarkan aplikasi temu janji, yang juga menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘Sugarbaby’. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/26/waran-tangkap-terhadap-pengasas-sugarbook/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here