4 kampung dikenakan PKPD bermula esok

0
2

TIGA kampung di Mukim Hulu Besut, Terengganu dan sebuah lagi di Nabawan, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula tengah malam ini hingga 20 April 2021.  

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu diambil susulan berlaku peningkatan kes di keempat-empat lokaliti berkenaan.  

Menurutnya, PKPD dilaksanakan di Kampung Belaoh, Kampung Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu, selain Kampung Murni C di Nabawan, Sabah.  

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini telah melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu.  

“Sehingga kini, secara kumulatif KKM telah melaksanakan 58 ujian saringan di lokaliti tersebut dan daripada jumlah itu, enam orang disahkan positif Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Beliau berkata, KKM turut mengesahkan berlaku penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan penduduk di ketiga-tiga kampung tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.  

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD) di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Terengganu bermula 7 April sehingga 20 April 2021,” katanya.  

Menurutnya, KKM turut melaporkan situasi kes Covid-19 di Kampung Murni C, Nabawan, dengan 17 ujian saringan yang dijalankan mendapati enam kes positif direkodkan dan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kampung berkenaan bagi tempoh sama.  

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here