FOTO ESEI : Sharifudin Abdul Rahim
Berbeza dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) sebelum ini, suasana perang poster dan bendera pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kelihatan agak suram, malah boleh dikatakan sangat hambar.
Meskipun sudah memasuki hari kesembilan berkempen, pesta poster dan bendera dilihat kurang menyerlah sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) mahupun buat dua calon Bebas.
Jika diamati, di sepanjang laluan kiri dan kanan jalan di sekitar Pekan Slim, tidak banyak kelihatan bendera calon PRK DUN Slim berkibar.
Kebiasaannya kawasan persimpangan jalan akan dipacak sepanduk-sepanduk dan kain rentang kempen.
PRK DUN Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos 2020, dengan hari penamaan calon diadakan pada 15 Ogos 2020. – MalaysiaPost










