‘Lagi laju vaksinansi negara, lebih awal kita bebas Covid-19’ – Najib

0
3

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia mampu pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 sekiranya proses vaksinasi kepada rakyat dipercepatkan.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata kejayaan wilayah Gibratar di Britain yang menjadi kawasan pertama dalam dunia yang diisytiharkan bebas ancaman Covid-19 bukti penyegeraan vaksinansi sangat penting.

Katanya, dengan pengisytiharaan itu, hampir semua larangan prosedur operasi standard (SOP) melawan Covid-19 di daerah itu termasuk keperluan memakai pelitup muka dimansuhkan.

“Ini setelah wilayah luar negeri Britain yang terletak di selatan Sepanyol ini berjaya memberi vaksin kepada hampir kesemua 40,000 penduduknya.

“Lebih 95.0% daripada penduduk Gibraltar telah menerima 1 dos dan 84.2% telah selesai menerima dua dos – jauh melebihi paras 80% daripada jumlah penduduk untuk mencapai imuniti kelompok,” katanya menerusi Facebook.

Najib berkata, kejayaan wilayah Gibraltar adalah satu lagi bukti bahawa Malaysia dan mampu pulih sepenuhnya dari pandemik Covid-19.

“Sejak kejayaan itu, tiada pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital akibat Covid. Lagi laju proses vaksinansi negara berjalan, lebih awal kita bebas Covid,” katanya.

Sebelum ini, Najib meramalkan dengan kadar pemberian vaksin yang dilaksanakan ketika ini, Malaysia hanya akan memperoleh 80% imuniti kelompok pada Mac tahun depan.

Najib berkata, kadar pemberian vaksin ketika ini ni adalah jauh di bawah sasaran kerajaan sebanyak 150,000 suntikan sehari.

Selain itu, beliau turut memetik beberapa contoh pelaksanaan vaksinasi di Singapura, Indonesia dan jumlah keseluruhan hari sejak Malaysia melancarkan program vaksinasi kebangsaannya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/10/vaksin-najib-minta-kj-terima-kritikan-akui-kadar-vaksinasi-perlu-dipercepat/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here