Covid-19: Kes positif global cecah 130 juta

0
3

KES positif Covid-19 global kini melebihi 130 juta dan kes kematian melepasi 2.84 juta kes.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling terjejas dengan lebih 30.66 juta kes.

Ia diikuti Brazil dan India dengan masing-masing merekodkan 12.91 juta kes dan 12.39 juta kes.

Manakala Perancis, Rusia dan United Kingdom (UK), sudah melebihi angka 4 juta kes.

Itali, Turki dan Sepanyol pula catat kes melebihi 3 juta.

Jerman, Colombia, Poland, Argentina dan Mexico dalam pada itu mencatat lebih 2 juta kes.

Iran, Ukraine, Peru, Afrika Selatan dan Indonesia antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Sementara itu, angka kematian terus meningkat menjadikan jumlah kumulatif kini melebihi 2.84 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 554,000 kes.

Ia diikuti Brazil dengan lebih 328,000 kes dan Mexico lebih 203,000 kes.

Manakala India dan UK pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here