PAS tak pinggirkan Umno – Tuan Ibrahim

0
2
KUALA LUMPUR, 18 November 2020 - Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat PAS, Jalab Raja Laut di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fahmi

TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu tidak pernah meminggirkan Umno dalam Muafakat Nasional (MN), sebaliknya komited untuk terus berbincang ke arah memperkemaskan hubungan kedua-dua parti.

Beliau berkata, ruang memperkemaskan penyatuan ummah antara kedua-dua parti masih terbuka dan memulihkan keretakan berikutan keputusan PAS mengukuhkan kerjasama dengan Bersatu.

“Kita akan berusaha memulihkan keretakan yang tercetus selepas surat pengukuhan kerjasama antara Bersatu dan PAS yang ditandatangani bersama oleh Setiausaha Agung kedua-dua parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Hamzah Zainuddin tersebar di laman sosial,” katanya.

Tuan Ibrahim mengakui ramai dalam kalangan ahli kedua-dua parti keliru apabila mengetahui isi kandungan surat berkenaan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan surat itu bukan ancaman PAS kepada Umno, sebaliknya tiga parti itu saling memerlukan untuk mengukuhkan perpaduan ummah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Jika tiga parti iaitu Umno, PAS dan Bersatu boleh bekerjasama menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH), mengapa kita tidak boleh mengekalkan perpaduan menentang dalam PH pada PRU akan datang,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS tidak pernah menolak Umno dalam MN dan yakin gabungan itu boleh diselamatkan manakala usaha memperkukuhkan hubungan akan terus dilakukan.

Sebelum ini, Bersatu dan PAS memaklumkan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kedua-dua parti juga bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

Menerusi kenyataan bersama Hamzah dan Takiyuddin, kedua-dua parti akan sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/31/bersatu-pas-tolak-penjajaran-baharu-tubuh-kerajaan-pasca-pru15/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here