Majlis nikah langar SOP: Polis tunggu Neelofa, PU Riz

0
2

Polis mengesahkan kertas siasatan kes langgar prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan PU Riz, hampir siap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis perlu mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya Rozana Mumtaz sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Selasa lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/30/pembantu-peribadi-pengurus-majlis-kahwin-neelofa-selesai-beri-keterangan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here