Selamat datang Afdlin, Altimet – Anwar

0
2

Nurul Huda Abhar

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penyertaan pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki dan komposer Altimet dalam parti berkenaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata program suai kenal yang diadakan semalam diadakan bagi meraikan kesungguhan dua seniman itu untuk bersama-sama dalam PKR.

“Sesi malam ini adalah sesi suai kenal dan bicara santai bersama dua figura ini, dan juga mengalu-alukan kesungguhan mereka untuk bersama keluarga majmuk Keadilan.

“Saya hargai komitmen mereka untuk menjadikan Keadilan sebagai wahana bagi memperpanjang kerja-kerja kemanusiaan serta kasih dan belas mereka kepada warga tertindas,” katanya dalam hantaran itu, semalam.

Turut sama hadir dalam program itu adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Program bicara santai Temu Anwar itu berlangsung di Hotel Flamingo Ampang bagi mengumumkan penyertaan Afdlin dan Altimet dalam PKR

“Sekali lagi, selamat datang ke keluarga besar Keadilan!,” ujar Anwar.

Terdahulu, Afdlin dan Altimet Afdlin memuat naik hantaran di Instagram memberitahu akan sepentas bersama Ketua Pembangkang itu dan Menteri Besar Selangor.

Media sebelum ini melaporkan Afdlin Shauki memilih sertai PKR, sebagai platform untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Afdlin berkata, PKR yang diterajui Anwar, menawarkan ruang dan kedudukan untuk beliau berkongsi aspirasinya dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Dalam masa sama, beliau itu menjelaskan, nilai perjuangan dan semangat kental Anwar sebagai pemimpin juga banyak mendorong beliau untuk mendekati rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here