KKM mesti adil, jangan ‘double standard’

0
2

Mohd Puad Zarkashi

[Sudut Pandang] DIA menteri, dia berpendidikan tinggi, dia berjawatan dalam parti dan dia seorang Islamis. Kenapa sanggup langgar peraturan?

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Khairuddin At Takiri mengaku salah.

Dia sanggup pulangkan gaji empat bulan. Itu bukan sikit. Itu bukti dia sendiri mengaku kesalahannya amat berat dan memalukan.

Peliknya, kenapa KKM pula yang double standard. Kenapa jumlah kompaun terlalu rendah dan amat tidak adil. Kenapa musnahkan jenama KKM yang sudah hebat.

Ada dua isu besar di sini. Pertama melanggar peraturan kuarantin 14 hari bagi yang baru pulang dari luar negara. Kedua, jumlah kompaun ikut suka hati aku.

Akhirnya Kerajaan PN akan dituduh dua kali lima. Ada campur tangan politik dan tidak boleh diharap.

Sebab itu jangan gunakan KKM untuk cover line. Khairuddin patut didakwa di Mahkamah.

Janganlah kerana kritikan saya ini, saya dituduh tidak cover line dan tidak berjiwa Muafakat Nasional. Pasti saya akan dikutuk.

MN, MN juga. PN, PN juga. PAS, PAS juga. Tetapi keyakinan rakyat jangan dirobek robek.


Penulis ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno