3 lokaliti di Tawau kena PKPD

0
3

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga lokaliti di Tawau iaitu Kampung Ranggu Batu 10, Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, bermula esok hingga 14 April ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga semalam, KKM melaksanakan 59 ujian saringan dan daripada jumlah itu lapan kes positif direkodkan di Kampung Ranggu Batu 10. 

Katanya, sebanyak 16 ujian saringan dilaksanakan di Fasa 2 Taman Semarak dan enam kes positif dilaporkan serta baki sembilan sampel sedang menunggu keputusan. 

“KKM turut melaksanakan 89 ujian saringan di Kampung Baru Pasir Putih dan daripada jumlah itu lapan kes positif Covid-19 direkodkan serta 75 lagi sampel saringan menunggu keputusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di ketiga-tiga lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.  – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here