Jangkitan Covid-19 kembali menurun

0
3

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di Malaysia pada jangkaan mengikut kes seharian menunjukkan penurunan apabila berada pada tahap 0.93 semalam.

Data dan infografik yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, menunjukkan Pahang merekodkan nilai Rt tertinggi dengan 1.17, disusuli Melaka (1.09), Kelantan (1.08), Kedah (1.05), Sarawak (1.03), Pulau Pinang (1.02), Sabah (0.96) dan Johor (0.96).

Kuala Lumpur merekodkan Rt 0.93, Selangor (0.90), Negeri Sembilan (0.86), Perak (0.81) dan Terengganu (0.64).

Manakala, Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Perlis masing-masing merekodkan satu kes.

Trend jangkitan Covid-19 dilihat dalam unjuran menurun di seluruh negara dan kes harian dijangka mampu mencecah dua angka menjelang Mei sekiranya Rt turun kepada 0.8.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif. Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif. – Malaysiapost

Artikel berkaitan

https://malaysiapost.com.my/2020/11/11/covid-19-kadar-kebolehjangkitan-kurang-1-0/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here