Insiden SUKE: ‘Di mana silapnya? – Zahid

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengggesa pemaju pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) untuk mengutamakan aspek keselamatan pekerja serta orang awam.

Beliau berkata, insiden struktur kren gantri terjatuh di kawasan projek pembinaan SUKE berhampiran Puncak Banyan, Alam Damai di Cheras itu, hingga meragut nyawa amat mendukacitakan.

Katanya, dilaporkan seorang lelaki tempatan parah apabila kereta dipandu dihempap kren besi, manakala tiga pekerja asing di tapak projek itu maut dalam kejadian jam 8.45 pagi itu pada 22 Mac lalu.

“Pada 3 Mac lalu, perancah besi projek pembinaan SUKE berhampiran Desa Tun Razak runtuh menyebabkan pengguna jalan raya maut dan cedera.

“Nampak gaya berulang kali kemalangan dalam projek oleh pemaju yang sama. Ini projek untuk rakyat. Sebelum ini tidak berlaku. Di mana silapnya? Adakah kerana garis panduan keselamatan gagal dipenuhi akibat kecuaian atau disebabkan faktor lain seperti mahu mengurangkan kos?, ” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau difahamkan bagi projek lebuh raya di laluan sesak, pembinaan hendaklah dilakukan pada waktu malam.

Jelasnya, ia bagi mengurangkan risiko keselamatan orang ramai melintasi projek tersebut terutama pada waktu pergi dan pulang bekerja.

Sehubungan itu, menurutnya, sebelum projek bermula, syarikat terlibat telah ditekankan mengenai pelan dan garis panduan keselamatan pekerja serta orang awam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here