TUN Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah menjangka Bersatu akan menerima kesan buruk jika menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Bekas Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau telah memberi amaran awal namun tidak dihiraukan oleh pemimpin Bersatu.
“Saya bagi amaran bukan senang Bersatu nak kerjasama dengan Umno kerana Umno lebih kuat dari Bersatu dan Bersatu parti baharu.
“Mereka kata boleh tangani masalah dan sekarang ini kita lihat Umno tidak mahu Bersatu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata demikian ketika memberi reaksi terhadap ketetapan Perhimpunan Agung Umno yang memutuskan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.
Dr Mahathir Bersatu sekali lagi menegaskan, sejarah penubuhan kerajaan di Malaysia tidak pernah didominasi hanya satu parti, dan Bersatu ketika ini turut dilihat berhadapan krisis politik dengan beberapa parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) termasuk PAS.
“Ketika ini kalau dibuat PRU15, tiada parti yang akan menang dan boleh berkuasa (bersendirian) selaku parti dominan, malah akan berlaku seperti sekarang juga.
“Perlu ada gabungan antara parti kerana di Malaysia belum pernah diperintah sebuah parti,” katanya. – Malaysiapost

