Lesen juruterbang helikopter terhempas sah – CAAM

0
2

SIASATAN awal terhadap insiden helikopter yang terhempas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang (LTSAAS) pada 24 Mac lalu, mendapati lesen juruterbang masih sah dan rekod penyelenggaraan pesawat itu mengikut piawaian ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan (CAAM), Kapten Chester Voo, berkata ketika ini Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan sedang menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan itu.

“Laporan awal kemalangan akan dikeluarkan selepas 30 hari kejadian.

“Siasatan awal terhadap insiden helikopter terhempas di LTSAAS pada 24 Mac lalu, mendapati mendapati lesen juruterbang dan rekod penyelenggaraan helikopter itu masih sah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Taklimat Keselamatan Bersama Syarikat Pengendali Helikopter, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini juruterbang dan individu yang terbabit dalam kemalangan itu masih menjalani rawatan dan siasatan akan dijalankan selepas mereka dibenarkan keluar dari hospital.

Katanya, laporan penuh kemalangan itu akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan dan CAAM untuk diambil tindakan, termasuk penambahbaikan operasi penerbangan.

Sebelum ini, media melaporkan dua cedera manakala tigal lagi selamat dalam insiden berkenaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

Norazam berkata, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang mengalami kecederaan ringan di kaki.. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/helikopter-terhempas-dalam-perjalanan-dari-sungai-lembing-mot/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here