Ucapan berterus-terang

0
3

UCAPAN Dasar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini, disifatkan sebagai
ucapan berterus-terang berkenaan pendirian parti, sekali gus memberi pencerahan kepada lebih 3.3 juta ahlinya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sebelum ini ahli Umno seperti berada dalam ketidaktentuan, sama ada ‘ke sana atau ke sini’ berkaitan pelbagai perkara khususnya kerjasama politik.

“Jadi saya kira (ucapan Presiden) sekali dan untuk semua, penting sebagai nakhoda Umno memberi penjelasan apakah pendirian parti dalam konteks kerjasama politik dan agenda untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya dalam reaksi terhadap ucapan Ahmad Zahid pagi tadi.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa belum terlambat untuk Umno dan PAS ‘kembali ke pangkal jalan’, Asyraf Wajdi berkata beliau yakin PAS juga menantikan apa sebenarnya pendirian Umno.

“Walaupun mereka berharap pada peringkat awal untuk Umno dan Bersatu dapat diselamatkan hubungannya, tetapi saya kira, sebagaimana kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Bersatu akan bertanding di semua kerusi Umno.

“Jadi itu jelas memberikan signal bahawa memang Umno dengan Bersatu ni, kita tak boleh bersama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here