Tiada pihak boleh beri kata dua pada mana-mana parti – Tuan Ibrahim

0
2
KUALA LUMPUR, 18 November 2020 - Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat PAS, Jalab Raja Laut di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fahmi

SETIAP parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau berkata, tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada PAS berhubung perkara itu.

Selain itu, katanya, setiap perkara termasuk kerjasama politik akan dibincangkan dan diputuskan di peringkat pusat, bukan oleh negeri.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Umno Kelantan yang mahu PAS Kelantan membuat keputusan sama ada bersama parti itu atau Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, lapor Bernama.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, PAS dan Umno boleh membincangkan perkara itu menerusi Majlis Perundingan Muafakat Nasional.

“Tiada masalah,” kata Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di Sungai Jenderam, dekat Sepang hari ini.

Dia juga menegaskan hubungan PAS dan Umno serta Bersatu di Kelantan adalah baik.

Media sebelum ini, melaporkan Umno Kelantan bertindak memutuskan hubungan serta kerjasama dengan Bersatu sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian sebelum ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/08/bersatu-pas-umno-perlu-muafakat-hingga-lepas-pru15-tuan-ibrahim/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here