Menteri akui surat sokongan Timbalan Menteri minta lantik anak sebagai lembaga pengarah

0
2
KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui tentang kewujudan surat sokongan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz yang meminta anaknya dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Pharmaniaga.

Surat sokongan yang dihantar Ikmal kepada Ismail itu tular di media sosial sejak semalam.

Surat berkenaan ditujukan kepada Menteri Pertahanan bertarikh 5 Jun 2020 yang turut mengandungi tulisan tangan Ismail yang diminitkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tulisan tangan itu mengatakan beliau bersetuju cadangan itu.

Surat yang tular di media sosial itu mendapat kecaman warganet yang rata-ratanya kecewa dengan tindakan sedemikian rupa.

Memetik laporan Malaysiakini, Ismail mengakui yang beliau memberikan sokongan kepada anak Ikmal Hisham, Ikmal Hazlan memandangkan pengalamannya dalam perniagaan dan politik.

“Ya, saya memberikan sokongan saya. Dia (Hazlan) adalah seorang peniaga, jadi pengalamannya bermanfaat.

“Dari segi politik, dia juga anggota exco Pemuda Umno,” kata Ismail seperti dilaporkan.

Bagaimanapun, Ismail melahirkan kerisauan perkara akan menimbulkan amalan nepotisme.

Oleh sebab itu beliau hanya menyatakan sokongan tetapi tidak membuat langkah susulan mengenai pelantikan Hazlan.

“Ya (saya setuju ini mungkin nepotisme). Inilah sebabnya mengapa saya tidak melantiknya,” kata Ismail.