Banyaknya kereta ke pantai timur, ini pesanan dari Pengarah Kesihatan T’ganu

0
2

PENGARAH Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus hari ini menitipkan pesanan kepada orang ramai yang merentas negeri menuju ke pantai timur Semenanjung. 

Beliau mengakui terkejut melihat begitu banyak kenderaan menghala ke pantai timur ketika berada di Tol Bentong, Pahang. 

“Banyaknya kereta menghala ke Pantai Timur. Kita bersangka baik mereka ada urusan munasabah untuk rentas negeri. 

“Cuma kita nak pesan… 

Berhati2 bila rentas negeri. 

Jangan alpa jangan lalai

Kita belum menang.

Vaksin pun belum habis lagi

Patuhi SOP selalu

Agar kluster baru tidak menjadi lagi.” 

Semalam Terengganu mencatatkan enam lagi kes jangkitan baharu Covid-19, menjadikan kumulatif kes di negeri itu kini 3,577 kes. 

Ketika ini, tiada zon hijau di Terengganu yang mana daripada sembilan daerah, satu adalah zon merah iaitu Marang, empat zon jingga dan empat lagi zon kuning. 

Kes rentas negeri sebelum ini telah menyebabkan tercetus beberapa kluster Covid-19 di Terengganu termasuk Kluster Ladang Bukit yang telah merebak hingga ke generasi kelima dengan kes positif mencecah lebih 130 individu. – Malaysiapost 

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/18/pekerja-ulang-alik-rentas-negeri-punca-kluster-ladang-bukit/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here