Umno Kelantan minta PAS tetapkan pendirian

0
3

UMNO Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Badan Perhubungan Umno negeri yang diadakan semalam membuat beberapa keputusan termasuk meminta PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Akbar Salim, berkata mesyuarat yang dihadiri oleh 12 daripada 13 Bahagian selepas Bahagian Tanah Merah digantung telah membuat empat keputusan.

“Umno Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti yang dipilih secara demokrasi.

“Memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sebagaimana usul diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian daripada 13 Bahagian yang bermesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pendirian lain adalah meminta PAS membuat keputusan jelas dan segera sama ada bersama Umno atau Bersatu dalam menghadapi PRU15.

Walau bagaimanapun, berhubung pendirian Umno Bahagian Ketereh pula adalah kes terpencil, tambahnya.

“Pendirian Umno Ketereh yang dihantar kepada Presiden adalah kes terpencil kerana tidak melalui Badan Perhubungan Umno Kelantan.

“Umno Kelantan tetap dan terus bersolidariti,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here