Neelofa beri bayangan bakal bernikah?

0
2

SELEBRITI terkenal, Neelofa seakan-akan memberi ‘hint’ beliau bakal melangkah ke ‘fasa baharu’ kehidupan selepas memuat naik tiga doa memohon agar Allah mempermudahkan urusan hidupnya.

Bekas pengacara Meletop itu berkongsikan doa-doa tersebut menerusi Instagramnya malam tadi.

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb yang Maha Hidup, wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku,” tulisnya.

Neelofa memanjatkan doakan berkenaan memohon pertolongan dari Allah dan turut berharap pengikut-pengikutnya mendoakannya.

“Dengan rahmat-Mu, aku meminta pertolongan mu ya Allah SWT. Doakan saya dalam doa-doa,” tulisnya.

Namun, belum dapat dipastikan sama ada doa tersebut mempunyai kaitan dengan majlis perkahwinannya yang didakwa bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Terdahulu, pasangan itu memilih antara 25 hingga 27 Mac 2021 sebagai tarikh pernikahan mereka.

Bagaimanapun, sehingga kini Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut berkenaan berita tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi pernikahan mereka apabila menerusi perkongsian Instagram @lofa.page kelihatan PU Riz sedang memilih samping songket di sebuah kedai. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/23/majlis-nikah-neelofa-pu-riz-hujung-minggu-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here