Mayat ketiga nahas kren ‘launcher’ jatuh belum dikeluarkan

0
3

KERJA menstabilkan struktur binaan sedang giat dilakukan bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit pada struktur besi, susulan insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Jalan Alam Damai, semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata kerja menstabilkan rasuk atau ‘U beam’ menggunakan ‘I beam’ sedang dilakukan sebelum mayat mangsa dapat dikeluarkan.

Difahamkan, pasukan penyelamat perlu mengambil masa meneliti langkah menyeluruh bagi mengelak runtuhan struktur binaan sedia ada.

Sementara itu Berita Harian melaporkan, Presiden Persatuan Pekerja Mahir Kren Menara Malaysia (PERKREMA), Raziz Abdul Rahman, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, usaha pasukan penyelamat wajar dipuji kerana tidak tergesa-gesa untuk mengeluarkan mayat mangsa.

“Ramai tanya kenapa lambat mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit namun tindakan pasukan penyelamat wajar dipuji kerana mengutamakan aspek keselamatan awam.

“Jika mereka tergesa-gesa dan memotong sahaja komponen kren yang menghempap mangsa ini, mungkin berlaku perkara lain tidak diingini seperti runtuhan yang sudah pasti buruk akibatnya,” katanya.

Pagi semalam, lima buruh asing dan seorang warga tempatan dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Dua buruh warga China maut terjatuh dari ketinggian 40 meter, seorang lagi warganegara sama maut kerana tersepit pada struktur besi manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/03/22/kren-launcher-hempap-kereta-3-warga-china-disahkan-maut/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here