Zii Jia juara All England

0
3

JAGUH perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara kejohanan All England selepas menewaskan pemain handalan Denmark, Viktor Axelsen pada aksi final di Birmingham sebentar tadi.

Dalam saingan yang berlangsung di Utilita Arena itu, Zii Jia menampilkan persembahan bertenaga apabila melakar kemenangan 30-29, 20-22, 21-9 dalam tempoh lebih sejam.

Kejayaan ZIi Jia itu menyaksikan dia berjaya membalas dendam kekalahan kepada Axelsen – pemain yang menghuni ranking kedua dunia pada aksi separuh akhir All England tahun lalu.

Dengan kejayaan tersebut, Zii Jia mengakhiri penantian Malaysia selama tiga tahun untuk menyaksikan pemain negara menjuarai All England.

Kali terakhir Malaysia menawan kejohanan itu adalah menerusi legenda negara, Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017. – Malaysiapost

Foto : Twitter BAM

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here