Pengasas Safuan Group meninggal dunia

0
2

Nurul Huda Abhar

PENGASAS Safuan Group, Tan Sri Mat Shah Safuan meninggal dunia pada jam 7.40 malam tadi.

Berita tersebut dikongsi menerusi hantaran di Facebook Presiden Dewan Perdagangan Industri Asean (DPIA), Datuk Sohaimi Shahadan sebentar tadi.

“Assalammualaikum dan salam sejahtera. Berita dukacita, 21 Mac 2021 Ahad. Inalilahiwainahirojiun

“Tan Sri Mat Shah Safuan pengasas Safuan Group dan mantan Presiden PERDASAMA Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.40 malam ni.

“Semoga Rohnya dirahmati Allah dan di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal Saleh. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham,” katanya di hantaran tersebut.

Sohaimi berkata, pemergian Allahyarham Mat Shah adalah satu kehilangan amat besar buat dirinya.

“Tok Mie kehilangan seorang sahabat, guru dan mentor. Semoga Allahyarham damai Di sana,” ujarnya lagi.

Untuk makluman, Safuan Group telah wujud sejak 1978 berpangkalan di Kuala Lumpur dan juga berdaftar di Singapura, Korea Selatan dan Indonesia.

Syarikat ini adalah konglomerat berskala besar dalam bidang hartanah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here