Covid-19: 1,327 kes baharu, 4 kematian

0
2
grafik

KES harian Covid-19 di Malaysia sedikit menurun hari ini apabila mencatatkan 1,327 kes baharu, berbanding 1,671 kes semalam.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, pada masa sama 1,247 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 317,289.

Daripada jumlah kes baharu yang dicatatkan hari ini, sebanyak 1,316 adalah jangkitan tempatan manakala 11 lagi kes import.

Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu (356), diikuti Sarawak (276), dan Pulau Pinang (205).

Hari ini, terdapat empat pertambahan kes kematian akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,233.
Kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (154) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (65) kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here