Kembali berkuasa antara punca Umno bergolak – Annuar

0
2

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa merasakan kemelut yang melanda Umno ketika ini berpunca apabila parti itu kembali berkuasa.  

Menurutnya, ketika tidak menjadi kerajaan susulan tewas dalam pilihan raya sebelum ini, Umno untuk kembali kuat.  

“Satu ketika dulu, sewaktu rebah, kita berjuang dengan pemikiran jitu, tajam dan satu. Kita kembali kuat.  

“Sebagai pemain yang berada di tengah-tengah gelangang, saya kadang kala tertanya apa yang tak kena masa ini, kenapa dan sejak bila,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.  

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menyenaraikan tujuh jawapan yang diperolehnya berhubung apa yang berlaku dengan Umno ketika ini: 

1. Bermula apabila Umno kembali menjadi kerajaan, ada yang teramat kecewa mereka tidak terpilih menyertai Kabinet dan mereka memulakan rentak berbeza.  

2. Apabila ‘anak buah’ berada dalam kerajaan tetapi ‘Big Bosses’ di luar kerajaan. Wujud dua kluster. 

3. Sejak kes-kes di mahkamah tidak memihak kepada yang didakwa dan rasakan kerajaan tidak membantu.  

4. Sejak pertemuan sulit Ogos/September sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di mana muafakat secara senyap percubaan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan sumpah setia kepada Anwar bertarikh 11 Oktober 2020. Keputusan parti ‘No Anwar’ ‘No DAP’ cuba dibelakangi.  

5. Sejak pertemuan sulit 17 Oktober 2020 di sebuah rumah sekitar Ampang yang melibatkan pimpinan parti dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) disusuli beberapa perbincangan lain bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.  

6. Setelah percubaan menukar kerajaan PN melalui ‘menarik tukar di bawah kaki’ yang gagal dan membawa kepada era Proklamasi Darurat pandemik.  

7. Satu gerakan dilancarkan dengan meminta Umno Bahagian membuat usul menolak kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai strategi menjayakan jajaran baru dan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 dirancang untuk jadi medan membatalkan jajaran asal yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi berkali-kali.  

“Akibatnya berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran kalangan pemimpin dan bahagian-bahagian. 

“Jajaran baru yang condong kepada kerjasama dengan PH vs Jajaran asal yang condong kepada kerjasama dengan PN,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here