Pasangan kekasih warganegara asing ditahan kerana dadah

0
2

Nilam Oshman

POLIS menahan pasangan kekasih di sebuah kondominium di jalan Segambut, Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik bertindak atas maklumat yang diterima pada 20 Mac.

“Seorang Lelaki warganegara Perancis dan wanita warganegara Denmark, masing-masing berusia 30 tahun dan 35 tahun ditahan dikediamannya.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan di kediaman pasangan ini, pihak polis telah merampas dadah jenis Ganja seberat 2.05 gram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ujian saringan mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

“Manakala suspek wanita negatif dadah dan ditahan reman sehari. Lelaki terbabit pula ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 23 Mac 2021.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi dari RM200,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here