PKPD di Kampung Tringgus, Kuching tamat esok

0
2
Ismail Sabri

Nilam Oshman

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching, Sarawak ditamatkan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung itu yang dijadualkan tamat pada 21 Mac 2021.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan 55 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak empat  kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah  terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. 

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk  menamatkan PKPD di Kampung Tringgus, Bau, Bahagian Kuching,  Sarawak pada 21 Mac 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here