Sultan Johor pencinta kucing rupanya

0
4

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyerlahkan sikap kasih sayang baginda terhadap kucing, iaitu haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook baginda, Sultan Johor membelai manja kucing jalanan yang diberi nama ‘Sri Mersing’ ketika oleh Tuanku sendiri ketika berehat di Istana Flintstones, Mersing, semalam.

“Kucing berkenaan dijumpai oleh paduka anakanda di Air Papan, Mersing pada Disember lalu dan kini dipelihara di pekarangan Istana Flintstones.

“Anak kucing berkenaan juga dilihat begitu selesa dan jinak apabila didakap Baginda,” tulis hantaran tersebut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata rakyat jelata yang juga pengikut Facebook Sultan Ibrahim menyatakan rasa kagum terhadap baginda yang menyerlah sikap menyayangi haiwan.

Ada juga pengguna Facebook yang menyifatkan nama Sri Mersing amat sesuai dengan kecing comel tersebut yang kini telah menjadi ‘kucing diraja’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here