PKR-Umno: ‘PKR yang sedang kelemasan’ – Abdul Hadi

0
2

KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bercakap pada sidang media bersama para Pimpinan PAS Pusat berikutan perkembangan isu politik semasa di Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PAS tidak menghiraukan desas desus mengatakan PKR sedang merisik Umno untuk menjalinkan kerjasama politik.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tidak sesekali terbuka hati lagi untuk menjalinkan kerjasama politik dengan PKR mahu pun DAP kerana telah mempunyai pengalaman bekerjasama sebelum ini.

“Itu terpulang pada dia lah, bukan parti saya.

“Tak ada, tak ada…. kita sudah berapa tahun (bekerjasama dengan PKR). Kita bukan nak selamatkan orang, nak selamatkan parti…. Nak selamatkan negara.

“Ya dengan PKR, DAP (tidak bekerjasama)… Kerana kita telah berpengalaman sejak tahun 98,99 lagi hingga berapa tahun… Cukuplah,” katanya di Facebook, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga menyifatkan PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, sedang berusaha untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang kian ‘kelemasan’ dalam arena politik negara

Justeru, Abdul Hadi berkata, PAS tetap akan terus fokus memperkukuhkan kerjasama dengan Bersatu dan Umno demi kebaikan kepada rakyat dan negara.

“Kerjasama nak selamatkan individu, selamatkan kumpulan… Tak ada… Nak selamatkan negara, selamatkan rakyat.

“Jadi biarkan dia selesai dulu lah, dia lemas… Jadi biar dia selesai lah. Kita dalam keadaan yang selamat dan semakin hari semakin kuat. Kerjasama kita dengan Bersatu, dengan Umno, termasuklah rakan rakan di Malaysia timur, Sabah, Sarawak,” katanya.

Suhu politik negara hangat kembali susulan pengesahan Anwar bahawa wujud perbincangan tidak rasmi untuk membentuk kerjasama politik antara PKR dan Umno.

Bagaimanapun Anwar menjelaskan, perkara itu adalah terlalu awal untuk diperkatakan, namun tidak menolak kerjasama PKR dan Umno tidak mustahil boleh terjalin. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/17/lompat-parti-bukan-masalah-bagi-pas-abdul-hadi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here