Hampir 6 juta mendaftar, 385,126 sudah divaksin

0
2
vaksin covid pkp selangor

SERAMAI 385,126 rakyat Malaysia sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.

Data dan infografik daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi di Facebook hari ini menunjukkan Selangor mencatatkan penerima vaksin tertinggi iaitu seramai 49,521 individu sudah menerima vaksin Covid-19.

Ini diikuti Perak (45,138), Sabah (38,369), Kuala Lumpur (34,778), Sarawak (32,762) dan Johor (28,489).

Di Pahang pula, seramai 27,480 individu sudah menerima vaksin, selain Kedah (25,958), Pulau Pinang (23,485), Kelantan (18,617) dan Negeri Sembilan (17,006).

Terengganu merekodkan 15,726 individu sudah divaksin, diikuti Melaka (10,543), Perlis (9,519), Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,342).

Sementara itu, JKJAV turut memaklumkan seramai 5,955,944 atau 24.6 peratus individu sudah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera setakat jam 11.59 malam tadi.

Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi dengan 1,720,352 diikuti Johor (759,080), Kuala Lumpur (532,032), Sarawak (466,037) dan Pulau Pinang (429,579).

Di Perak seramai 413,843 mendaftar, Kedah (302,722), Sabah (267,386), Negeri Sembilan (242,286) dan Pahang (230,182).

Melaka mencatatkan seramai 187,290 pendaftaran, Kelantan (157,824), Terengganu (148,107), Putrajaya (41,662) dan Labuan (20,118).

PICK fasa pertama menyasarkan seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hinga April ini

Fasa kedua program berkenaan dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.

Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/ismail-sabri-terima-dos-kedua-suntikan-vaksin-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here