MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melahirkan rasa pelik wujudnya gerakan sulit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjatuhkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Hamzah berkata sekiranya gerakan sulit atau dikenali ‘kartel PDRM’ didakwa Abdul Hamid itu benar, beliau sepatutnya membawa perkara itu dalam mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang diadakan dua bulan sekali, seperti dilaporkan Malaysiagazette.
Terdahulu, media melaporkan Abdul Hamid mendedahkan sekelompok pegawai PDRM cuba mencaturkan keadaan dan mencemar imejnya dengan tujuan menjatuhkan beliau.
Beliau berkata, perkara itu akan ditangani dengan sewajarnya, sebelum menjadi lebih parah kerana kumpulan itu mahu menguasai semua jawatan utama dalam PDRM-Malaysiapost

